UNTUK memastikan warga Singapura dapat mengimbangi kos kehidupan yang semakin tinggi dalam jangka masa panjang, Anggota Parlimen (AP) Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang) berkata pendapatan perlu berkembang lebih pantas daripada perbelanjaan di setiap peringkat tenaga kerja.
Menurutnya, meskipun Model Gaji Progresif (PWM) diperluas untuk membantu pekerja berpendapatan rendah, memastikan daya saing ekonomi dipertingkat adalah penting untuk menentukan pekerjaan yang baik...





