JAGUH badminton Singapura, Loh Kean Yew, yang mencatatkan namanya dalam buku sejarah selepas memenangi Kejuaraan Dunia tahun lalu, dinobatkan sebagai Atlet Terbaik The Straits Times (ST) bagi tahun 2021, semalam.
Biarpun cedera pada buku lali dan tapak kaki dalam pusingan-pusingan selanjutnya, pemain bukan pilihan Singapura itu menundukkan juara Olimpik Tokyo 2020, Viktor Axelsen, pemain nombor tiga dunia Anders Antonsen, dan...






