PERJALANAN sembilan individu dan pasangan dalam menghadapi cabaran ketidaksuburan menjadi paparan sebuah kempen yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai isu itu.
Kempen #IDIDNTKNOW, atau 'Saya Tidak Tahu', dianjurkan sempena Minggu Kesedaran Ketidaksuburan Nasional (NIAW) dari 24 hingga 30 April, dan diharap menjadi galakan bagi mereka yang mengalami masalah itu bertindak serta-merta.





