INFLASI keseluruhan dan teras di Singapura meningkat ke paras tertinggi sejak 10 tahun lalu disebabkan kenaikan kos makanan, perkhidmatan dan pengangkutan swasta.
Inflasi secara keseluruhan mencapai 5.4 peratus bulan lalu, dari 4.3 peratus pada bulan sebelumnya,menurut kenyataan bersama Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).





