APABILA lagu pertamanya 'Bayangan Asmara' yang berkonsepkan muzik era 1960-an mendapat sambutan di corong radio, penyanyi Singapura Imma Pink mula memikirkan idea untuk mencipta lagu Hari Raya dengan irama nostalgia pula.
Maka, tercetuslah idea menghasilkan lagu usik-mengusik antara teruna dan dara dalam musim Lebaran, 'Jom Raya!', yang dicipta Imma, 33 tahun, dengan susunan muzik dan terbitan GuzzBuzz Productions.





