LONDON: Pengurus baru Manchester United, Erik ten Hag, tidak akan diberikan wang yang banyak untuk membeli pemain baru dan membina semula kelab bola sepak itu, tetapi beliau dijangka diberikan dana yang mencukupi untuk berbuat demikian, kata beberapa media di Britain.
Kelmarin, United mengumumkan Ten Hag akan meninggalkan Ajax di Belanda untuk berpindah ke Old Trafford selepas mempersetujui kontrak tiga tahun...





