WASHINGTON: Pegawai tinggi dari Britain, Amerika Syarikat dan Canada meninggalkan mesyuarat Kumpulan 20 (G20) kelmarin dan ramai anggota kumpulan itu mengutuk keras serangan Russia ke atas Ukraine, langsung mendedahkan perbezaan mendalam antara ekonomi besar.
Menteri Kewangan Indonesia, Cik Sri Mulyani Indrawati, yang mempengerusikan mesyuarat para pegawai kewangan itu di Washington, mengakui badan tersebut menghadapi cabaran tidak diduga, namun menggesa kerjasama...





