SASARAN sebanyak $250,000 untuk menjual buku amal, 'Saat Cakerawala Bersujud' tulisan mantan Mufti, Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram, bagi mengumpul dana peningkatan Masjid Darul Makmur masih belum lagi dicapai.
Demi mengumpul dana untuk peningkatan masjid yang bakal bermula pada hujung tahun ini, warga kerja masjid terus giat menganjurkan beberapa projek pengumpulan dana untuk mencapai sasaran yang diperlukan bagi projek peningkatan...





