SATU orkid hibrid baru dinamakan Dendrobium Jacinda Ardern sebagai satu penghormatan kepada perdana menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, yang sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Singapura.
Orkid itu campuran Dendrobium Lim Wen Gin dan Dendrobium Takashimaya Singapura dan merupakan hibrid orkid cantik dan berbunga bebas.





