KEMAJUAN dicapai bagi projek pembinaan Laluan Sistem Transit Laju (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura setelah sebuah konsortium dibentuk untuk memastikan projek dijalankan selaras dengan syarat dan peraturan keselamatan yang ditetapkan.
Ini merangkumi langkah menilai dan mengesahkan bahawa Laluan RTS itu mampu mula berkhidmat bagi penumpang akhir 2026, menurut kenyataan bersama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Kementerian Pengangkutan (MOT)...





