MENTERI Kewangan, Encik Lawrence Wong, dipilih sebagai ketua generasi keempat (4G) kepimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) setelah meraih sokongan "majoriti yang besar" dalam kalangan mereka yang terlibat.
Proses mendapatkan kata sepakat mengenai siapa yang harus memimpin parti itu, dan Singapura sekiranya PAP memenangi pilihan raya umum akan datang, telah dijalankan secara sistematik dan teliti, untuk membolehkan pihak terlibat membuat penilaian...





