SELEPAS dua tahun menunggu, peminat sukan ragbi teruja dapat kembali menonton pemain kegemaran mereka beraksi di Stadium Negara bagi Ragbi Tujuh Sepasuk Singapura HSBC hujung minggu ini.
Bahkan, apa yang menggembirakan lagi adalah kejohanan tahunan itu, yang "berehat" selama dua tahun akibat Covid-19, diadakan dengan kelonggaran sekatan di tengah-tengah pandemik.





