PENYERANG muda asal Singapura, Ikhsan Fandi, meneruskan sentuhan emas di depan gawang bagi kededua negara dan kelab apabila beliau menjaringkan empat gol bagi BG Pathum United kelmarin.
Gol-gol itu, yang dijaringkan dalam tempoh 11 minit antara minit ke-20 dengan minit ke-31, adalah yang terpantas seorang pemain menjaringkan empat gol dalam Liga Thai.





