ISLAMABAD: Presiden Pakistan, Dr Arif Alvi, membubarkan Parlimen bagi memberi laluan untuk pilihan raya umum diadakan di negara itu.
Agensi berita Al Jazeera melaporkan, pembubaran itu dilakukan atas nasihat Perdana Menteri, Encik Imran Khan, sekali gus menggagalkan usaha pembangkang untuk menyingkirkan pemimpin tersebut daripada jawatan tertinggi itu.






