GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin menganggap cacar monyet sebagai 'risiko sederhana' kepada keseluruhan kesihatan awam di tahap sejagat, selepas kes-kes dilaporkan di negara di mana penyakit tersebut tidak biasa dikesan.
"Risiko kesihatan awam boleh menjadi tinggi sekiranya virus tersebut mengambil peluang untuk menjadi sebahagian daripada patogen manusia dan merebak kepada kumpulan-kumpulan yang berisiko tinggi menghidap penyakit teruk seperti kanak-kanak...






