UVALDE, TEXAS: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, cuba menenangkan keluarga mangsa di pekan Uvalde, selatan Texas, susulan kejadian tembakan yang berlaku di sebuah sekolah rendah - tragedi terburuk negara itu dalam sedekad - sedang pegawai federal mengumumkan mereka akan menyemak tindak balas lembap pihak berkuasa tempatan terhadap serangan tersebut.
Kemarahan terus membuak menyusuli keputusan agensi penguatkuasa undang-undang di Uvalde...





