SEOUL: Kadar jangkitan harian bagi kes 'demam' di Korea Utara berkurang kepada bawah 100,000 buat pertama kalinya, kurang tiga minggu selepas negara itu mengakui berlaku penularan wabak Covid-19.
Negara yang mengamalkan dasar tertutup itu sedang giat berusaha mengatasi gelombang koronavirus yang belum pernah terjadi dan mengenakan perintah berkurung ketat di seluruh negara, bulan ini.





