TRADISI tahunan Taman Warisan Melayu (TWM) menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya membolehkan ramai pengunjung daripada pelbagai etnik dan bangsa menyertai perayaan dan mengetahui lebih baik tentang Hari Raya, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Meskipun pandemik Covid-19 telah menjejaskan orang ramai, Encik Masagos melahirkan perasaan gembira melihat TWM terus mendekati masyarakat serta membawa keceriaan...





