DAVOS (Switzerland): Krisis makanan dunia yang meningkat telah mencetuskan langkah perlindungan oleh sebilangan negara yang berkemungkinan menambah masalah dan boleh membawa kepada perang perdagangan lebih meluas, kata pemimpin perniagaan dan penggubal dasar di Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Sebagai tanda peningkatan tekanan terhadap bekalan makanan dan kenaikan harga, India pula akan menyekat eksport gula buat kali pertama dalam tempoh enam tahun...





