COLOMBO: Kekurangan bekalan ubat-ubatan yang disebabkan oleh krisis ekonomi di Sri Lanka boleh menyebabkan banyak kematian, sehingga pihak hospital terpaksa menangguhkan prosedur menyelamatkan nyawa pesakit kerana ketiadaan ubat yang diperlukan.
Sri Lanka mengimport lebih 80 peratus bekalan bahan-bahan perubatan tetapi dengan rizab mata wang asing semakin berkurangan akibat krisis, ubat-ubatan penting tidak dapat mengisi stok sedang sistem penjagaan kesihatan hampir...





