Kita syurga dunia mereka yang tinggalkan keluarga mentulang empat kerat menyenak pecah benak kerana kita syurga dunia kongsi sama mereka lebih dari nafas sesuap nasi
Kita perlulah hormati mereka pun, mereka perlu hormati kita syurga dunia kita kurniaan Ilahi fitrahlah kita menjunjung kasih membelai ihsan sesama insani dan di mana jua bumi kita pijak langit juga perlu sama dijunjung





