SEOUL: Korea Utara merekodkan 21 lagi kematian akibat 'demam', dua hari selepas Pyongyang mengumumkan kes pertama Covid-19 dan menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh negara itu.
Media negara itu melaporkan, sebanyak 174,440 kes baru 'demam' dikesan kelmarin dengan 21 orang meninggal dunia.





