WASHINGTON: Teras utama mesej sempena sidang puncak khas Asean-Amerika Syarikat (AUSS) adalah komitmen berterusan Amerika kepada Asia Tenggara, demikian menurut pengamat serantau menjelang mesyuarat peringkat tinggi itu pada lewat minggu ini.
Namun, walaupun sidang puncak itu menawarkan peluang untuk menegaskan komitmen itu dan memperdalam penglibatan Amerika di rantau tersebut, ia juga mungkin menyerlahkan beberapa perbezaan tidak selesa antara dua pihak...






