PASUKAN Singa Muda sekali lagi kurang memuaskan dalam kempen bola sepak Sukan SEA mereka apabila tumpas 0-5 kepada Thailand di dalam satu perlawanan Kumpulan B di Stadium Thien Truong, Nam Dinh malam tadi.
Kekalahan itu bermakna Singapura perlu menang dalam perlawanan mereka menentang Cambodia Rabu ini (11 Mei) jika ingin berpeluang untuk layak ke pusingan separuh akhir temasya itu.






