Sebanyak 4.7 juta kenderaan direkodkan melepasi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dalam tempoh tujuh hari pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2022 di seluruh Malaysia sehingga semalam (6 Mei).
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui laman Facebook rasminya memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak 35,618 kesalahan kenderaan direkodkan memandu melebihi had laju dengan jumlah ketidakpatuhan sebanyak 0.75 peratus, lapor akhbar...






