SERAMAI 100 isi rumah berpendapatan rendah di kawasan Jalan Kukoh telah menerima habuan makanan yang terdiri daripada barangan harian serta sampul Hari Raya untuk membantu mereka dengan perbelanjaan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Inisiatif yang dijalankan ini merupakan sebahagian daripada usaha "Memberi Kembali Kepada Masyarakat" tahunan Koperatif Pekerja Badan Berkanun Singapura (SSBEC) yang disokongi oleh Persekutuan Koperatif Kebangsaan Singapura (SNCF).






