SINGAPURA dan Amerika Syarikat telah melancarkan satu program kelmarin untuk membantu wanita dalam industri teknologi di kedua-dua negara belajar daripada satu sama lain, membina hubungan antarabangsa dan memperluas perusahaan mereka ke luar negara.
Program itu antara lain merangkumi sesi menjalin rangkaian dan bimbingan serta bengkel, menurut Jabatan Perdagangan Amerika serta Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) Singapura menerusi satu kenyataan.





