APA yang istimewa mengenai kawasan Geylang Serai?
Melalui Pameran Cabaran Foto InstaGeylang 2022, orang ramai kini boleh mengimbau kembali kenangan manis mereka di kawasan budaya masyarakat Melayu itu sambil menikmati keindahannya daripada 45 gambar terpilih yang diperoleh daripada lebih 1,550 kiriman penyertaan.





