GARDEZ, AFGHANISTAN: Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter telah meragut sekurang-kurangnya 1,000 jiwa di Afghanistan awal pagi semalam, kata pegawai, sambil menambah bahawa ratusan orang cedera dan angka kematian mungkin meningkat dari perkampungan pergunungan terpencil.
Gempa itu berlaku kira-kira 44 kilometer (km) dari bandar Khost, berhampiran sempadan Pakistan, pada kedalaman 51 km, kata pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.





