SEMALAM, Cik Roziana Ramli, 41 tahun, dan suaminya Encik Nik Muhammad Nasrullah Samsudin, 28 tahun, sibuk membuat kraf tangan dan menonton pementasan di Pusat Seni Aliwal bersama dua anak mereka berusia tiga tahun dan sembilan bulan.
Pementasan itu antara lain mengajar penonton peri pentingnya menghormati dan menghargai orang di sekeliling mereka tidak kira perbezaan mereka, menerusi watak hidupan laut seperti...





