PENGGUNA DBS PayLah! kini boleh menggunakan aplikasi itu untuk pembelian di 45 pasaran dengan menggunakan kod QR daripada salah satu rangkaian pembayaran terbesar di dunia, UnionPay, kata DBS dan UnionPay International dalam satu kenyataan semalam.
Kerjasama antara DBS, UnionPay yang berpangkalan di China dan penyedia pembayaran elektronik Singapura, Nets, akan membenarkan pengguna PayLah! untuk memanfaatkan rangkaian pembayaran kod QR UnionPay...





