PEMERINTAH akan terus membantu mereka yang terjejas teruk akibat kesan perang di Ukraine dan gangguan terhadap perdagangan antarabangsa dalam tempoh pemulihan selepas Covid-19 ini.
Menyatakan demikian di laman Facebook beliau semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata sebuah pakej bantuan baru bernilai $1.5 bilion telah diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semalam.





