PENDUDUK Keat Hong kini boleh bersuka ria melakukan kegiatan sukan dan senaman bersama keluarga dan rakan-rakan mereka di sebuah hab sukan dan riadah inklusif baru dipanggil The Arena@Keat Hong yang dibuka secara rasmi semalam.
Terletak bersebelahan Blok 421 Choa Chu Kang Ave 4, hab sukan dan riadah seluas 639 meter persegi itu menampilkan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi penduduk segenap...





