SEORANG wanita yang bekerja di sebuah rumah jagaan warga emas mencuri kad ATM milik seorang penghuni yang dijaganya dan kemudian mengeluarkan wang tunai berjumlah $1,000.
Dia juga menggunakan kad itu untuk membeli makanan dan barang keperluan tandas di sebuah pasar raya, lapor The Straits Times.





