DUA mantan editor Berita Harian, Encik Guntor Sadali dan Encik Zainul Abidin Rasheed, merupakan antara 50 individu daripada bidang media dan bidang berkaitan media yang diabadikan dalam Balai Kemasyhuran Industri Media Singapura yang dilancarkan semalam.
Balai Kemasyhuran Industri Media Singapura itu merupakan antara dua inisiatif yang dilancarkan sempena ulang tahun ke-50 Kelab Wartawan Singapura tahun ini.





