PADA 6 Januari 2021, kira-kira 2,000-3,000 penyokong mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, menyerbu bangunan Capitol di Washington D.C.
Mereka berusaha membatalkan kekalahan Encik Trump dalam pilihan raya presiden November 2020 dengan mengganggu sesi bersama Kongres yang sedang berhimpun untuk mengesahkan undi pilihan raya itu dan akan merasmikan kemenangan calon presiden Parti Demokrat, Encik Joe Biden.





