MENTERI Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, akan dinaikkan pangkat kepada Menteri Negara Kanan di kedua-dua kementerian tersebut sebagai sebahagian rombakan Kabinet dan pelantikan yang diumumkan semalam.
Encik Tan, 45 tahun, adalah antara empat pemegang jawatan politik yang dinaikkan pangkat dalam pengumuman rombakan Kabinet dan pelantikan lain yang dibuat Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong,...





