Lebih banyak peluang terbuka buat lebih ramai bakat Melayu yang biasanya menghiasi kaca televisyen Suria tampil dalam drama Inggeris di Channel 5 kini. Setelah drama terkenal Tanglin dan Kin mengetengahkan watak Melayu dalam suasana berbilang kaum, kini muncul pula drama sosial tentang jerih payah penjaja Singapura, 128 Circle serta drama keluarga Sunny Side Up yang turut mengemukakan bintang Melayu mapan...





