PENYANYI setempat Taufik Batisah, 41 tahun, kembali menyanyikan lagu khas Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini selepas 17 tahun.
Ketika kali terakhir juara 'Singapore Idol' itu menyanyikan lagu Hari Kebangsaan iaitu 'Reach Out For The Skies' pada 2005, lagu tersebut jadi siulan warga setiap kali tiba Hari Kebangsaan.





