SEMENTARA terdapat banyak usaha untuk memastikan keselamatan Singapura selama ini, pengganasan akan terus wujud sebagai ancaman bukan sahaja buat Singapura, tetapi seluruh dunia.
Maka, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata adalah penting untuk meneruskan usaha itu sementara kekal relevan dan berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran serta ancaman ini.





