SYARIKAT pengguna Internet terbesar Singapura, Sea Ltd, komited untuk memperluaskan pelaburan di Malaysia, lantas mencipta lebih 2,000 pekerjaan.
Demikian diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, semasa lawatan rasminya ke ibu pejabat Shopee, platform e-dagang yang dimiliki Sea, di Singapura kelmarin.






