BRIGHTON tidak mampu kehilangan Moises Caicedo (kanan) kerana ia akan menjejas keupayaan mereka untuk melayakkan diri bagi pertandingan Eropah, kata pengurus kelab itu, Roberto de Zerbi.
Pemain midfield berusia 21 tahun itu memberitahu Brighton dalam satu surat terbuka bahawa beliau mahu meninggalkan kelab tersebut setelah dilamar pasukan Arsenal dan Chelsea.






