SINGAPURA kini sedang berusaha menyediakan asas bagi sebuah sistem pengurusan trafik udara (ATM) yang baru yang akan membolehkan negara ini menangani jumlah penerbangan yang dijangka bertambah pada masa akan datang dengan lebih baik dan mengurangkan penangguhan.
Menurut dokumen tender, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) ingin memperoleh sistem ATM yang baru itu pada pertengahan 2020-an dan mula menggunakannya menjelang separuh kedua...






