LONDON: Marcus Rashford meneruskan kadar jaringan gol hebat bagi Manchester United apabila beliau membantu pasukannya menewaskan Nottingham Forest 3-0 untuk mara semakin hampir ke final Piala Liga musim ini.
Rashford menjaringkan gol menerusi gerakan solo yang hebat pada minit keenam untuk membuka tirai jaringan bagi United dalam separuh akhir pertama kelmarin, di stadium City Ground.






