ANTARA pemain yang menjadi tunggak kebangkitan Manchester United musim ini ialah Bruno Fernandes. Pemain midfield kreatif ini telah muncul sebagai pemimpin pasukan di dalam dan luar padang.
Beliau juga telah menunjukkan keupayaannya 'memaksa' pemain lain beraksi lebih gigih apabila mereka berdepan tentangan hebat. Satu contoh ialah dalam perlawanan liga menentang Crystal Palace pada pertengahan musim lalu.





