SALAH seorang pelaku utama dalam apa, yang disifatkan sebagai kes kecurian gas marin terbesar di Singapura, telah meraih sekurang-kurangnya $1.4 juta hasil daripada penyelewengan gas marin itu.
Tiah Koh Hwee, 46 tahun, yang melakukan kesalahan tersebut semasa dia bekerja untuk syarikat minyak Shell, kemudian menggunakan hasil tersebut bagi membeli jam tangan mewah, hartanah asing dan kereta.





