WOLVERHAMPTON: Pengurus Liverpool, Juergen Klopp, berkata beliau sudah lama menantikan kemenangan pasukannya menerusi permainan yang baik, selepas pasukan pimpinannya itu menempah tempat ke pusingan keempat Piala FA England dengan mengatasi Wolverhampton Wanderers 1-0 di padang lawan.
Rembatan kencang Harvey Elliot pada minit ke-13 memberikan kemenangan pertama Liverpool sejak awal tahun ini - hanya tiga hari selepas pasukan pimpinan Klopp tewas...






