PESILAT negara Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin, yang telah mewakili Singapura beberapa kali dalam sukan itu dan memenangi banyak pingat, berdepan pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk. Menurut dokumen mahkamah, dia didakwa mempunyai sekurang-kurangnya 93 mikrogram (mcg) alkohol dalam 100 mililiter nafas semasa memandu di Cantonment Road menghala ke Keppel Road pada kira-kira 2.30 pagi pada 27 November 2022. Hadnya ialah 35mcg...






