LEBIH 19,000 pasangan telah meraih manfaat daripada program 'Bersamamu', yang menawarkan bimbingan oleh Naib Kadi kepada pasangan sebelum dan sehingga dua tahun pernikahan, sejak program itu dilancarkan tiga tahun lalu.
Memberi perkembangan tentang program itu dalam satu wawancara dengan media, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata: "Kami sudah mendapatkan maklum balas yang baik daripada pelbagai lapisan...






