Kit ujian pantas antigen (ART) pertama Covid-19 yang dicipta dan dikilangkan di Singapura telah diluluskan bagi jualan runcit oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) di bawah Laluan Akses Khas Pandemik. Syarikat diagnostik dan reagen tempatan, Cellbae, yang menghasilkan kit ujian kendiri itu, berkata ia memutuskan untuk membentuk penyelidikan dan pembuatan di Singapura untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai di...






